Seseorg lelaki menemui Rasulullah kerana berdepan masalah kewangan. Baginda bertanya kpd lelaki itu: " Adakah kamu memiliki barang yg boleh dijual? "
Si lelaki menjawab: " Ada, Rasulullah. Sehelai kain yg sudah aku potong dua.Sepotong untuk pakaian dan sepotong lagi untuk alas duduk. Dan ada lagi sebuah piala tempat minum. "
Balas Rasullullah: " Bawa barang itu ke mari. " Si lelaki kemudiannya datang lagi membawa barang2 yg dimaksudkan. Rasulullah mengambil lantas menawarkan barang2 itu kpd sahabat yg hadir, " Siapa yg mahu membeli barang ini? "
Seorg sahabat menyahut: " Saya Rasulullah. Saya mahu membelinya dgn satu dirham. "
Rasulullah bertanya lagi: " Siapa mahu menambah harganya? "
Seorg lagi sahabat menyahut: " Saya, Rasulullah. Saya bayar dua dirham. "
Rasulullah lantas bersetuju dgn tawaran kedua. Lalu baginda memberikan wang itu kpd si lelaki sambil berkata: " Ambillah satu dirham, belikan makanan untuk isterimu. Lebihnya beli kapak. Selepas itu, kembali ke sini. "
Si lelaki kembali dgn sebilah kapak, dan Rasulullah memberikan seutas tali sambil berkata: " Pergi ke luar kota. Cari kayu api dan jual di pasar. Jangan kamu dtg lagi selama 15 hari. "
Lima belas hari kemudian, si lelaki bertemu Rasulullah dgn wajah berseri2. Katanya, selama 15 hari mencari kayu, dia mendapat nafkah sebanyak 15 dirham yg dibelanjakan utk makan pakai keluarga.
Mendengar itu Rasulullah tersenyum lalu berkata: " Itu lebih baik bagimu daripada meminta2. Sebab kebiasaan meminta2 itu akan membuat mukamu menjadi cacat hitam pada hari kiamat. "
Referensi :
1. Nuraini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar